mummy, daddy love u so much sayang

Lilypie

Aliesya now is

Lilypie Second Birthday tickers

Story my journey of little girl...si kiut Alisha

Thursday, October 22, 2009

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

*tengah search article tentang makan bayi kat google terjumpa article ni, anyway setahu saya memberi makanan untuk bayi ni memang kita perlu berhati-hati sikit. Yelah saya ni baru anak sorang takda pengalaman lagi....sebab baru-baru ni anak kawan ada masuk hospital coz alergi dengan telur, anak nya baru berumur 6 bulan lebih, kawan saya bagi makan telur... last-last tumbuh ruam satu badan dan nak sampai kebiru-biruan . Ish memang takut, so ada orang cakap yang ni boleh yang tu tak boleh di tambah dengan pantang larang orang dulu-dulu... tak boleh bagi labulah, nanti angin...tak leh bagi pulutlah, nanti gagap apabila bercakap, anyway kita pun tak tahu kebenarannya, so lebih baik mendapat nasihat doktor yang bertauliah yer :)

so article nya .....
Written by Iman Jamila
Saturday, 21 July 2007 17:45
Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan.

Teruskan membaca…
Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan
* Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.
Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan
* Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi
anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis
gula terlalu awal.
* Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
* Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-
kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah
tinggi.
* Buah-buahan Citrus:
{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh
menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan
dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh
menyebabkan ruam yang pedih.
* Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun
kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!
* {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh
menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
* Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh
menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan
buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu
lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu
dalam keluarga.
* Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko
alahan yang tinggi.
* Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
* Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
* Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
* Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis
makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3
tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan
* Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan
dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika
anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.
* Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis
makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3
tahun.

sumber http://ratuhati.com



No comments:

Blog Widget by LinkWithin