mummy, daddy love u so much sayang

Lilypie

Aliesya now is

Lilypie Second Birthday tickers

Story my journey of little girl...si kiut Alisha

Thursday, December 31, 2009

HAPPY NEW YEAR 2010 !!!


Bye 2009 and thanks for your thoughts and memories

Cheers to a new 2010 and another chance for us to get it all right...

   

Tuesday, December 29, 2009

Curious Kids Need to be Tough Inside

Semua ibu-bapa mengimpikan anak yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit, tetapi kanak-kanak contohnya lebih terdedah dengan penyakit dari orang dewasa. Alisha contohnya suka sangat memasukkan sebarang objek di tangan ke dalam mulut, kebanyakannya ibu bapa sangat bimbang dengan tabiat ini kerana ia dianggap satu daripada perantara yang boleh memindahkan bakteria atau virus penyebab sebarang jangkitan.
Tidak dinafikan memasukkan objek ke dalam mulut adalah risiko paling tinggi bayi atau kanak-kanak mendapat jangkitan. Tetapi dinafikan juga inilah adalah sifat atau tindakan semulajadi bayi atau kanak-kanak, tindakan ini sangat penting kerana secara tidak langsung boleh membantu bayi atau kanak-kanak ini membentuk daya ketahanan diri.

Malah ramai ibu bapa yang lebih berhati-hati sehingga lebih rela membiarkan anak mereka memerap dirumah atau menonton televisyen sepanjang hari daripada membiarkan mereka membuat aktiviti luar seperti membenarkan mereka bermain di padang dan balik rumah dengan baju kotor. Namun kita tidak sedar bahawa ia adalah proses pembelajaran kanak-kanak tadi dan memasukkan objek dalam mulut adalah mengatasi kegatalan gusi akibat pertumbuhan gigi.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang terlalu bersih lebih mudah mengalami demam, alahan juga asma.

Di sini adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan anak-anak kita kekal sihat,

Dari dalam kandungan

Oleh itu penjagaan bayi adalah dari dalam kandungan lagi kerana tempoh sembilan bulan itu di sifatkan sebagai waktu paling penting bagi ibu untuk memberi lebih perhatian kepada kesihatan diri dan bayinya.

Susu Ibu

Seperti sedia maklum kita tahu, susu ibu mengandungi bakteria baik di panggil Laktobasilus yang penting untuk sistem pencernaan si kecil, kita disarankan untuk menyusukan bayi kita sekurang-kurangnya 6 bulan.Walaupun ramai ibu sedar kepentingan memberi susu badan, tetapi masih ramai tidak boleh meneruskannya, mungkin mungkin disebabkan si ibu berasa tertekan atau kurang mendapat sokongan sama ada daripada keluarga mahupun di tempat kerja oleh itu ramai ibu-ibu yang beralih kepada susu formula.
Tidak salah memberi susu formula, tetapi kita kena pandai memilih susu formula yang baik untuk anak kita, pilihlah jenama mengandungi Latobasilus kerana ia dapat membantu melindungi anak daripada kerap mendapat jangkitan. Juga susu yang mengandungi DHA, AA dan SA.

Imunisasi

Mengapa imunisasi penting? Setiap hari kanak-kanak terdedah kepada pelbagai jenis kuman (mikro organisma) yang boleh memasuki badan saluran pernafasan, mulut, kulit, makanan dan minuman. Virus dan bakteria ini juga mudah tersebar antara manusia melalui percikan air liur ketika batuk dan bersin.

Walaupun kebanyakannya tidak berbahaya, sebahagian kecil mikro organisma ini, khususnya virus dan bakteria, boleh menyebabkan masalah kesihatan serius, contohnya campak, difteria dan polio.

Makanan berkhasiat
Ibu bapa juga perlu pandai memilih dan memberi makanan yang berkhasiat kepada anak-anak. Contohnya memberi makanan atau produk yang mengandungi probiotik seperti yogurt, Prebiotik boleh menjadi makanan kepada bakteria baik di dalam usus, ia boleh diperoleh daripada makanan seperti bawang merah, bawang putih, asparagus, cikori, pisang dan gandum. Makanan seimbang adalah amat penting dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengawal pemakanan anak mereka.


Tidur yang cukup.
Selain daripada pemakana, tidur yang cukup juga amat penting untuk anak-anak kita. Kekurangan tidur dan rehat secukupnya boleh melemahkan daya ketahanan badan sikecil.

Peluang bermain di luar
Dengan cara ini kita memberi peluang kepada anak-anak kita tertedah kepada persekitaran yang sememangnya banyak bakteria dan virus. Oleh itu kita boleh menguji daya tahan badan anak kita.


Amalkan gaya hidup sihat
Pada masa yang sama ibu bapa perlu mengubah cara hidup dengan merokok (bagi yang merokok), dan rajin bersenam.
Kanak-kanak yang menghidu asap rokok dikategorikan sebagai perokok sekunder juga mempunyai risiko seperti perokok itu sendiri.

Frisoshield™ with P2 Dual System™ is a combination of nutrients:
- GOS, lcFOS and Friendly bacteria - Bifidobacterium lactis to help increase intestinal bifidobacteria and help maintain good intestinal environment.
Friso Gold 3 also contains DHA, AA and SA, essential nutrients that aid a growing child’s overall development.
With Friso Gold Frisoshield™ P2 Dual System™, you can allow your child to explore his world and at the same time, giving you peace of mind at work.
Friso Gold 3. Curious kids need to be tough inside.
For ages : 1 to 3 years
Available in : 900g can

* so lepas ni tak gusar lagi nak pergi mana-mana sebab all are protected :) Saya kanak-kanak yang sihat... hehehe lepas ni boleh juga cuba susu ni pulak kan... Alisha pun nak masuk satu tahun.

Untuk maklumat lanjut sila klik

Monday, December 28, 2009

Flash Card

Tadi keluar nak cari flash card untuk Alisha, cuma sempat pergi Jusco jer... mula-mula pergi Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju. Cari punya cari, takda lah pulak, yang kelakarnya masa tanya kat budak Jusco tu, '' dik ada jual Flash card tak?? aaaa flash card, apa tu kak?? mmm ada jugak orang tak tahu apa itu Flash Card, takpe lah... cuba cari kat Jusco lain. Pergi Jusco Keramat, takda juga... tapi dok belek-belek CD kat counter CD boleh pulak ternampak satu flash card ni, tapi macam dah buka jer...mmm tanya kat budak Jusco tu ada yang baru tak?? takda lah pulak, tapi nak sangat punya pasal ambik saje lah....



Inilah rupa flach cardnya from YBCR, tapi dapat yang step 2, so nak tanya blogger-blogger yang tahu kat mana lagi nak beli flach card macam ni yer??? or ada sugesstion tak ??

   

Saturday, December 26, 2009

Bengang !!!

huhuhu, bengang betullah, dalam berhati-hati mesti akan terkena... nak buat macamana benda dah jadi.

Sory Alisha yer, mummy lepas geram dalam blog Alisha, anyway sebenarnya I pun nak ingatkan kepada semua orang kat luar sana tentang hidden charges ni. I tak kisah kalau patut di bayar I akan bayar, tapi kalau dealer or reseller tak explain betul-betul memang I sakit hati sangat-sangat bila sampai bill macam-macam charges yang kena bayar... ish boleh naik hantu u.

ok straight to the point, Nov hari tu I ada pergi PC Fair and register one of the internet line and as reseller tu explain kat I perlu bayar RM100 as upfront payment and I akan dapat modem and all that, and on the first bill I akan dikenakan charge prorate and activation RM 60. Ok so I faham lah kan, that means kalau nak daftar broadband tu just RM60 hinggit jelah kan, so I fikir oklah murah compare than other provider due to I kena beli modem beratus-ratus tapi service, nan adoo. Yang ni pun modem tak lah jugak free tapi sebab ada contract tu yang kira free lah modem tu. Contract mak oi lama lah jugak 24 bulan yer.. Alisha masuk 3 tahun baru leh terminate service diaorang ni, kalau u all terminate masa contract on u akan di kenakan penalty charges RM299....

Ok back to my story, bila I tengok bill I online I tengok ish banyaknya my first bill?? Study punya study bill, ish apahal lak ada extra RM100 ni?? oooo gupenyer ada lagi charges nokk diaorang tak bagitau, REGISTRATION fee RM100 !!! Adoi banyak nyer charges... so conclusion nya kat sini nak daftar beruk band ni, u kena bayar RM160 hinggit = ACTIVATION and REGISTRATION FEE mak oi mahal yer.... Macam I kata kalau service bagus, surf internet pun smooth bayar banyak mana pun I tak kisah, tapi explain lah betul-betul .. jangan lah nak perdajal owang, kalau I diberitahu awal-awal takde lah I terkejut tgk bill I yang ntah apa-apa ni... dah mungkin I tak daftar pun, mahal nya, so I akan survey other provider. dah lah ada contract WT hekk.

So u all kalau nak daftar apa-apa?? u all pastikan u are well explain dengan dealer or reseller yang nak untung sahaja tu, u all kenalah check and double confirm about ,

1. Ada contract ke takde??
2. U all nyer contract period
3. Registration fee, ada/tidak
4. Activation fee, ada/tidak
5. Stamp Duty
6. Pro-rate charges
7. Penalty charges, how much??
8. Trial Period
9. Advanced payment

dan apa-apa lagi yang perlu di tanya... yelah nanti takde lah jadi macam I, juling mata tengok bill.... kalau di fikir-fikir kan balik, memang confuse, yelah 2 charges berbeza tetapi sama...
REGISTRATION FEE = RM 60
ACTIVATION FEE = RM 100
So senang cerita, lain katalah " Cik kalau mahu daftar ini beruk band u kena bayar RM 160.00 ooo"
* memang sakit hati....
* will be attach the bill later :(


Friday, December 25, 2009

ABC Song for Kids Easy and Fun

video

video


video










Thursday, December 24, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME

hihihi, bila buka blog Alisha, nampak satu blogger tu punya post, "TO DAY IS my BIRTHDAY" by Hanz or http://thehoneybunch.blogspot.com, eh samalah ngan birthday kita...
Anyway malam tadi daddy belanja dinner and tak plan apa-apa untuk birthday tahun ni, cuma harapan semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, kekal bahagia bersama suami tercinta dan mampu melihat, serta membesarkan si Alisha dan juga mampu produce adik Alisha lagi hihihi... dan to all my friend yang tak putus-putus write kat wall fb tu, "Big thanks to all those yang wish happy birthday to me, you are so wonderful in my life, Bersyukur kepada Allah, sehingga saat ini diriku masih bernafas" Amin.
Juga kawan-kawan blogger, silent reader(ade ker) Thanks coz singgah dekat blog Alisha yang tidak seberapa ni :P






Tuesday, December 15, 2009

Picture Alisha : 9 month 11 days

* hari ni mummy ada dinner kat Sunway Convention Centre, kesian Alisha kena tinggal :(
Anyway tengah tunggu kawan nak datang ambik ni, upload gambar Alisha dululah...heheh







---------------------------------------------------------

ni pulak gambar mummy Alisha dinner tahun lepas, tema Wild Wild West, masa ni Alisha dalam perut mummy, leh jer bawak gi mana-mana, tahun ni Alisha duduk ngan nenek yer :)

   

Sunday, December 13, 2009

VIDEO NI BEST LAH

Dua 3 hari ni memang saya ada banyak masa, tapi bukan dirumah yer tapi di office, bekerja pada hari Sabtu Ahad adalah agak relax and boleh kalau nak surf internet, tapi bukan guna komputer office, sebab semua unrelated website tak boleh buka yer, nasib baik wifi office ada...hihihi

Sebenarnya sejak baca blog mummy Qarissa ada lah daftar Brillkids cuma takda masa nak baca forum dan biarkan saja, Brillkids website tu memang adalah dua kali baca, lepas baca mengenai How To Convert You Tube Video To DVD? entry kat blog Qarissa so baru lah sedar sikit nak baca forum, memang betul kata Watie, forum kat sana sangat berguna, semua ibu-ibu tidak kedekut untuk share everything. So tengah baca satu forum ni ''How to make my son read??? Your experience and tips, please'' ada satu ibu bagi satu website iaitu www.dreamenglish.com so buka lah website ni dan tengok video ni comel sangat..... so layan lah video kat bawah ni yer....
video



video



video

Many thanks to mother of faith sebab share video ni yer.

Monday, December 7, 2009

Gigi Alisha

Alisha's 1st, 2nd, 3rd and 4th Tooth at 9 month 7 days,
boleh tak Alisha tumbuh gigi serentak.
Nasib baik tak demam....

gigi bahagian atas

*gigi 1,2,3 dan 4 sekali gus tumbuh....
tengok tu gigi atas dah bawah, yang pastinya susah nak capture gambar gigi ni,
maybe picture tak berapa clear coz guna camera phone jer :)
   

Your baby may be ......

1o month....
MASTERED SKILLS - most babies can:
• Crawl or shuffle quite fast
• Pull himself up
• Climb a few stairs and possibly slide down them
• Cruise around the furniture
• Pick things up with a pincer grasp
• Wave goodbye.

EMERGING SKILLS - may be able to:
• Play with stacking rings begins by taking them off as this is easier than putting them on. Learning to stack the rings in order of size will not come until your baby is older.
• Understand and follow simple instructions like ‘give me the teddy’
• Copy simple words that you say
• Play ball and roll a ball back to you
• Crawl through a play tunnel.

ADVANCED SKILLS - a few babies can:
• Start to push simple shapes e.g. square, circle, triangle, through a shape sorter
• Drink from a cup
• Stand alone for a few seconds.

http://www.annabelkarmel.com

Update Alisha at 10 month old

Adus berkarat sudah blog ni, sampai tak update pun Alisha at 10 month, so far banyak yang sudah Alisha pandai buat... sudah pandai berdiri tapi kena pegang sesuatulah. So memang Alisha melangkau yer, sepatutnya Alisha merangkak dulu, tapi tiada tanda-tanda yang Alisha merangkak. Angkat-angkat punggung jelah si bam bam ni...



nampak tu dah pandai berdiri sendiri, kalau dudukkan mesti nangis-nangis nak berdiri balik
Blog Widget by LinkWithin