mummy, daddy love u so much sayang

Lilypie

Aliesya now is

Lilypie Second Birthday tickers

Story my journey of little girl...si kiut Alisha

Thursday, October 22, 2009

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

*tengah search article tentang makan bayi kat google terjumpa article ni, anyway setahu saya memberi makanan untuk bayi ni memang kita perlu berhati-hati sikit. Yelah saya ni baru anak sorang takda pengalaman lagi....sebab baru-baru ni anak kawan ada masuk hospital coz alergi dengan telur, anak nya baru berumur 6 bulan lebih, kawan saya bagi makan telur... last-last tumbuh ruam satu badan dan nak sampai kebiru-biruan . Ish memang takut, so ada orang cakap yang ni boleh yang tu tak boleh di tambah dengan pantang larang orang dulu-dulu... tak boleh bagi labulah, nanti angin...tak leh bagi pulutlah, nanti gagap apabila bercakap, anyway kita pun tak tahu kebenarannya, so lebih baik mendapat nasihat doktor yang bertauliah yer :)

so article nya .....
Written by Iman Jamila
Saturday, 21 July 2007 17:45
Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan.

Teruskan membaca…
Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan
* Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.
Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan
* Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi
anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis
gula terlalu awal.
* Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
* Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-
kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah
tinggi.
* Buah-buahan Citrus:
{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh
menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan
dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh
menyebabkan ruam yang pedih.
* Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun
kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!
* {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh
menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
* Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh
menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan
buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu
lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu
dalam keluarga.
* Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko
alahan yang tinggi.
* Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
* Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
* Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
* Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis
makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3
tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan
* Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan
dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika
anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.
* Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis
makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3
tahun.

sumber http://ratuhati.com



Friday, October 16, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway

THIS ENTRY IS STICKY MODE

Last minute giveaways, giveaway yang sangat menarik.... kepada 5 orang yang bertuah akan menerima duit raya yang akan dimasukkan terus kepada akaun anda. So apa lagi kalau ada rezeki tak kemana kan ?? Segeralah menyerbu blog Mama Tisya

Syarat penyertaan yang sangat mudah, antaranya ialah seprti di bawah :
1. Terbuka kepada semua blogger
2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
4. Add banner di atas di sidebar blog anda
5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

" Sangat mudah kan... apa lagi marilah beramai-ramai memeriahkan lagi contest ini :) "

Monday, October 12, 2009

HARI RAYA 2009

Sebelum Hari Raya melabuhkan tirai.... belum terlambat untuk menghapdet picture raya, walaupun sekarang mode rumah terbukalah, office terbukalah...anyway kita harus bersyukur kerana mendiami muka bumi yang aman ini :) layan lah antara gambar-gambar raya ni yer....




Lokasi : Masjid Tanah, Melaka
Gambar antara datuk, Dania Alisha, Sufiya AAliya dan Aisy Nazim

Sunday, September 27, 2009

ALISHA DAH PANDAI....???

Sekarang ni Alisha dah nak masuk 8 bulan... lagi dua hari lagi... si kecik ni pun so far semakin pandai membebel, mungkin untuk permulaan Alisha nak pandai cakap... tapi yang kelakarnya Alisha suka sangat sangat sebut ba-ba-ba-ba-ba... sangat kiut... so far suka sangat tengok development Alisha, excited sangat bila dia dapat buat sesuatu yang lain. Tapi daddy Alisha ni yang tension coz, Alisha dok sebut ba-ba-ba-ba-ba not di-di-di /da-di...hihihihi....kalau Alisha dok membebel ba-ba-ba-ba-ba... mulalah daddy tegur... no Alisha, not ba ba ba say di di di di ... oh sungguh excited tul daddy Alisha ni...
Satu lagi habit alisha yang kami perasan ialah suka sangat buat sepit ketam... jari tu tak leh nak duduk diam mesin nak silang-silang kan.Anyway achievement yang lain tu untuk baby yang going to 8 month so far Alisha dah achieve...dan paling penting Alisha sihat dah semakin bam-bam :)

8 Months Old
MASTERED SKILLS
- most 8 months old babies can:
• Sit unsupported with her legs out in front of her and can lean forwards and sideways without toppling over
• Say 'mama' and 'da-da' but may not know what the words mean.

EMERGING SKILLS
- may be able to:
• Stand holding on to someone or something
• Bottom shuffle
• Start crawling
• Point to things that she wants with her index finger.

ADVANCED SKILLS
- a few babies can:
• Cruise around furniture while holding on
• Pull up to a standing position from sitting
• Pick up a small object with the pincer-grip using thumb and first or second finger.

http://www.annabelkarmel.com

Thursday, September 24, 2009

LAMA TAK UPDATE + SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Ish lama dah tak update blog, Anyway masih tidak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk semua keluarga, rakan-rakan, silent reader and kenalan blog sekalian....
huhuhu busy lah sikit atau tak sempat nak update apa-apa??. Lately memang busy... yelah sekarang tak leh nak online kat office coz internet dah kena blok...just boleh acsess yang related dengan kerja saja. Balik rumah dah penat, main ngan Alisha dan takda masa nak update... kalau nak online pun, time tu lah nak menuai di Farm Ville...
So sekarang Alisha pun semakin membesar dan bijak dah budak kiut ni...dah pandai merajuk n merengek manja gitu. This raya kami sekeluarga balik beraya di rumah mertua di Masjid Tanah Melaka, raya kali ni memang berbeza dari tahun dahulu sebab tahun ni, kali pertama beraya sebagai ibu, dan memang excited beraya dengan Alisha... so tahun ni boleh collect duit raya. Memang seronok bila beraya bersama anak ni kan??Terbayang beraya masa zaman kanak-kanak dulu...memang meriah.
Dalam kemeriahan ni juga terpalit rasa sedih... seminggu sebelum raya, my best friend kembali kepadaNYA, amat terkilan hati ini sehari sebelum arwah meninggal, arwah ada ajak kami berbuka puasa bersama...tetapi nak buat macam mana Tuhan lebih menyayanginya...actually kami tak tahu arwah sakit apa...??Lebih sedih kehilangan nya ialah my hubby, arwah adalah kawan baik my hubby sejak kecil lagi...dan lebih menyayat hati arwah baru melangsungkan perkahwinan bulan 4 tahun ini dan isteri arwah sekarang mengandung 2 bulan. Ya Allah hebatnya dugaan mu... kepada isteri arwah semoga tabah meneruskan hidup dan anggap lah ini sebagai ketentuan darinya....
Al-Fatihah to our best friend Mohd Khairu Zaidi, Moga roh arwah dicucuri rahmatNYA dan diletakkan antara insan-insan yg terpilih disisi Allah S.W.T .







Saturday, August 29, 2009

7 Months Old

MASTERED SKILLS
most 7 months old babies can do:
• Bear some of their own weight for short periods if they stand supported
• Sit without support
• Start to anticipate what is going to happen next
• Feed himself
• Begins to understand more of what you say especially if accompanied by actions.

EMERGING SKILLS
may be able to:
• Get into a sitting position from lying on her stomach
• Begin to crawl forward
• Pick up something and pass it from one hand to the other
• Babble using double syllable sounds like ga-ga-ga-ga-, ba-ba-ba-ba.

ADVANCED SKILLS
a few babies can:
• Stand while holding onto something
• Wave goodbye
• Bang objects together.

source *
http://www.annabelkarmel.com

Friday, August 28, 2009

: : Alisha going to 7 month : :

Esok Alisha dah masuk 7 bulan, so far Alhamdullillah si bam-bam semakin sihat, sudah naik walker and dah mamam... pandai menyiarap , duduk belum tahu lagi.... pandai membebel baaa baaa maa maaa gaa gaa, kuat mamam... badan ketul-ketul... tak pandai duduk ag without support dan yang latest dah pandai marah-marah yer ... notie Alisha ni yer....so layan yer picture terbaru Alisha :)

wah terror tak kite??menyiarap sambil pegang puting hihihi
mummy... Alisha tak nak amik gambo...huhuhu
waaaa tak nakkk
mummy taknak senyum :(
ish tengok tu dahi berkerut-kerut... Alisha Alisha marah yer sayang.....
Blog Widget by LinkWithin