Story my journey of little girl...si kiut Alisha
Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 29, 2009
Curious Kids Need to be Tough Inside
Malah ramai ibu bapa yang lebih berhati-hati sehingga lebih rela membiarkan anak mereka memerap dirumah atau menonton televisyen sepanjang hari daripada membiarkan mereka membuat aktiviti luar seperti membenarkan mereka bermain di padang dan balik rumah dengan baju kotor. Namun kita tidak sedar bahawa ia adalah proses pembelajaran kanak-kanak tadi dan memasukkan objek dalam mulut adalah mengatasi kegatalan gusi akibat pertumbuhan gigi.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang terlalu bersih lebih mudah mengalami demam, alahan juga asma.
Di sini adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan anak-anak kita kekal sihat,
Dari dalam kandungan
Oleh itu penjagaan bayi adalah dari dalam kandungan lagi kerana tempoh sembilan bulan itu di sifatkan sebagai waktu paling penting bagi ibu untuk memberi lebih perhatian kepada kesihatan diri dan bayinya.
Susu Ibu
Seperti sedia maklum kita tahu, susu ibu mengandungi bakteria baik di panggil Laktobasilus yang penting untuk sistem pencernaan si kecil, kita disarankan untuk menyusukan bayi kita sekurang-kurangnya 6 bulan.Walaupun ramai ibu sedar kepentingan memberi susu badan, tetapi masih ramai tidak boleh meneruskannya, mungkin mungkin disebabkan si ibu berasa tertekan atau kurang mendapat sokongan sama ada daripada keluarga mahupun di tempat kerja oleh itu ramai ibu-ibu yang beralih kepada susu formula.
Tidak salah memberi susu formula, tetapi kita kena pandai memilih susu formula yang baik untuk anak kita, pilihlah jenama mengandungi Latobasilus kerana ia dapat membantu melindungi anak daripada kerap mendapat jangkitan. Juga susu yang mengandungi DHA, AA dan SA.
Imunisasi
Mengapa imunisasi penting? Setiap hari kanak-kanak terdedah kepada pelbagai jenis kuman (mikro organisma) yang boleh memasuki badan saluran pernafasan, mulut, kulit, makanan dan minuman. Virus dan bakteria ini juga mudah tersebar antara manusia melalui percikan air liur ketika batuk dan bersin.
Walaupun kebanyakannya tidak berbahaya, sebahagian kecil mikro organisma ini, khususnya virus dan bakteria, boleh menyebabkan masalah kesihatan serius, contohnya campak, difteria dan polio.
Makanan berkhasiat
Ibu bapa juga perlu pandai memilih dan memberi makanan yang berkhasiat kepada anak-anak. Contohnya memberi makanan atau produk yang mengandungi probiotik seperti yogurt, Prebiotik boleh menjadi makanan kepada bakteria baik di dalam usus, ia boleh diperoleh daripada makanan seperti bawang merah, bawang putih, asparagus, cikori, pisang dan gandum. Makanan seimbang adalah amat penting dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengawal pemakanan anak mereka.
Selain daripada pemakana, tidur yang cukup juga amat penting untuk anak-anak kita. Kekurangan tidur dan rehat secukupnya boleh melemahkan daya ketahanan badan sikecil.
Peluang bermain di luar
Dengan cara ini kita memberi peluang kepada anak-anak kita tertedah kepada persekitaran yang sememangnya banyak bakteria dan virus. Oleh itu kita boleh menguji daya tahan badan anak kita.
Amalkan gaya hidup sihat
Pada masa yang sama ibu bapa perlu mengubah cara hidup dengan merokok (bagi yang merokok), dan rajin bersenam.
Kanak-kanak yang menghidu asap rokok dikategorikan sebagai perokok sekunder juga mempunyai risiko seperti perokok itu sendiri.
Monday, December 28, 2009
Flash Card
Saturday, December 26, 2009
Bengang !!!
Sory Alisha yer, mummy lepas geram dalam blog Alisha, anyway sebenarnya I pun nak ingatkan kepada semua orang kat luar sana tentang hidden charges ni. I tak kisah kalau patut di bayar I akan bayar, tapi kalau dealer or reseller tak explain betul-betul memang I sakit hati sangat-sangat bila sampai bill macam-macam charges yang kena bayar... ish boleh naik hantu u.
ok straight to the point, Nov hari tu I ada pergi PC Fair and register one of the internet line and as reseller tu explain kat I perlu bayar RM100 as upfront payment and I akan dapat modem and all that, and on the first bill I akan dikenakan charge prorate and activation RM 60. Ok so I faham lah kan, that means kalau nak daftar broadband tu just RM60 hinggit jelah kan, so I fikir oklah murah compare than other provider due to I kena beli modem beratus-ratus tapi service, nan adoo. Yang ni pun modem tak lah jugak free tapi sebab ada contract tu yang kira free lah modem tu. Contract mak oi lama lah jugak 24 bulan yer.. Alisha masuk 3 tahun baru leh terminate service diaorang ni, kalau u all terminate masa contract on u akan di kenakan penalty charges RM299....
Ok back to my story, bila I tengok bill I online I tengok ish banyaknya my first bill?? Study punya study bill, ish apahal lak ada extra RM100 ni?? oooo gupenyer ada lagi charges nokk diaorang tak bagitau, REGISTRATION fee RM100 !!! Adoi banyak nyer charges... so conclusion nya kat sini nak daftar beruk band ni, u kena bayar RM160 hinggit = ACTIVATION and REGISTRATION FEE mak oi mahal yer.... Macam I kata kalau service bagus, surf internet pun smooth bayar banyak mana pun I tak kisah, tapi explain lah betul-betul .. jangan lah nak perdajal owang, kalau I diberitahu awal-awal takde lah I terkejut tgk bill I yang ntah apa-apa ni... dah mungkin I tak daftar pun, mahal nya, so I akan survey other provider. dah lah ada contract WT hekk.
So u all kalau nak daftar apa-apa?? u all pastikan u are well explain dengan dealer or reseller yang nak untung sahaja tu, u all kenalah check and double confirm about ,
1. Ada contract ke takde??
2. U all nyer contract period
3. Registration fee, ada/tidak
4. Activation fee, ada/tidak
5. Stamp Duty
6. Pro-rate charges
7. Penalty charges, how much??
8. Trial Period
9. Advanced payment
dan apa-apa lagi yang perlu di tanya... yelah nanti takde lah jadi macam I, juling mata tengok bill.... kalau di fikir-fikir kan balik, memang confuse, yelah 2 charges berbeza tetapi sama...
REGISTRATION FEE = RM 60
ACTIVATION FEE = RM 100
So senang cerita, lain katalah " Cik kalau mahu daftar ini beruk band u kena bayar RM 160.00 ooo"
* memang sakit hati....
* will be attach the bill later :(
Friday, December 25, 2009
Thursday, December 24, 2009
HAPPY BIRTHDAY TO ME
Juga kawan-kawan blogger, silent reader(ade ker) Thanks coz singgah dekat blog Alisha yang tidak seberapa ni :P
Tuesday, December 15, 2009
Picture Alisha : 9 month 11 days
Sunday, December 13, 2009
VIDEO NI BEST LAH
Sebenarnya sejak baca blog mummy Qarissa ada lah daftar Brillkids cuma takda masa nak baca forum dan biarkan saja, Brillkids website tu memang adalah dua kali baca, lepas baca mengenai How To Convert You Tube Video To DVD? entry kat blog Qarissa so baru lah sedar sikit nak baca forum, memang betul kata Watie, forum kat sana sangat berguna, semua ibu-ibu tidak kedekut untuk share everything. So tengah baca satu forum ni ''How to make my son read??? Your experience and tips, please'' ada satu ibu bagi satu website iaitu www.dreamenglish.com so buka lah website ni dan tengok video ni comel sangat..... so layan lah video kat bawah ni yer....