mummy, daddy love u so much sayang

Lilypie

Aliesya now is

Lilypie Second Birthday tickers

Story my journey of little girl...si kiut Alisha

Tuesday, December 29, 2009

Curious Kids Need to be Tough Inside

Semua ibu-bapa mengimpikan anak yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit, tetapi kanak-kanak contohnya lebih terdedah dengan penyakit dari orang dewasa. Alisha contohnya suka sangat memasukkan sebarang objek di tangan ke dalam mulut, kebanyakannya ibu bapa sangat bimbang dengan tabiat ini kerana ia dianggap satu daripada perantara yang boleh memindahkan bakteria atau virus penyebab sebarang jangkitan.
Tidak dinafikan memasukkan objek ke dalam mulut adalah risiko paling tinggi bayi atau kanak-kanak mendapat jangkitan. Tetapi dinafikan juga inilah adalah sifat atau tindakan semulajadi bayi atau kanak-kanak, tindakan ini sangat penting kerana secara tidak langsung boleh membantu bayi atau kanak-kanak ini membentuk daya ketahanan diri.

Malah ramai ibu bapa yang lebih berhati-hati sehingga lebih rela membiarkan anak mereka memerap dirumah atau menonton televisyen sepanjang hari daripada membiarkan mereka membuat aktiviti luar seperti membenarkan mereka bermain di padang dan balik rumah dengan baju kotor. Namun kita tidak sedar bahawa ia adalah proses pembelajaran kanak-kanak tadi dan memasukkan objek dalam mulut adalah mengatasi kegatalan gusi akibat pertumbuhan gigi.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang terlalu bersih lebih mudah mengalami demam, alahan juga asma.

Di sini adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan anak-anak kita kekal sihat,

Dari dalam kandungan

Oleh itu penjagaan bayi adalah dari dalam kandungan lagi kerana tempoh sembilan bulan itu di sifatkan sebagai waktu paling penting bagi ibu untuk memberi lebih perhatian kepada kesihatan diri dan bayinya.

Susu Ibu

Seperti sedia maklum kita tahu, susu ibu mengandungi bakteria baik di panggil Laktobasilus yang penting untuk sistem pencernaan si kecil, kita disarankan untuk menyusukan bayi kita sekurang-kurangnya 6 bulan.Walaupun ramai ibu sedar kepentingan memberi susu badan, tetapi masih ramai tidak boleh meneruskannya, mungkin mungkin disebabkan si ibu berasa tertekan atau kurang mendapat sokongan sama ada daripada keluarga mahupun di tempat kerja oleh itu ramai ibu-ibu yang beralih kepada susu formula.
Tidak salah memberi susu formula, tetapi kita kena pandai memilih susu formula yang baik untuk anak kita, pilihlah jenama mengandungi Latobasilus kerana ia dapat membantu melindungi anak daripada kerap mendapat jangkitan. Juga susu yang mengandungi DHA, AA dan SA.

Imunisasi

Mengapa imunisasi penting? Setiap hari kanak-kanak terdedah kepada pelbagai jenis kuman (mikro organisma) yang boleh memasuki badan saluran pernafasan, mulut, kulit, makanan dan minuman. Virus dan bakteria ini juga mudah tersebar antara manusia melalui percikan air liur ketika batuk dan bersin.

Walaupun kebanyakannya tidak berbahaya, sebahagian kecil mikro organisma ini, khususnya virus dan bakteria, boleh menyebabkan masalah kesihatan serius, contohnya campak, difteria dan polio.

Makanan berkhasiat
Ibu bapa juga perlu pandai memilih dan memberi makanan yang berkhasiat kepada anak-anak. Contohnya memberi makanan atau produk yang mengandungi probiotik seperti yogurt, Prebiotik boleh menjadi makanan kepada bakteria baik di dalam usus, ia boleh diperoleh daripada makanan seperti bawang merah, bawang putih, asparagus, cikori, pisang dan gandum. Makanan seimbang adalah amat penting dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengawal pemakanan anak mereka.


Tidur yang cukup.
Selain daripada pemakana, tidur yang cukup juga amat penting untuk anak-anak kita. Kekurangan tidur dan rehat secukupnya boleh melemahkan daya ketahanan badan sikecil.

Peluang bermain di luar
Dengan cara ini kita memberi peluang kepada anak-anak kita tertedah kepada persekitaran yang sememangnya banyak bakteria dan virus. Oleh itu kita boleh menguji daya tahan badan anak kita.


Amalkan gaya hidup sihat
Pada masa yang sama ibu bapa perlu mengubah cara hidup dengan merokok (bagi yang merokok), dan rajin bersenam.
Kanak-kanak yang menghidu asap rokok dikategorikan sebagai perokok sekunder juga mempunyai risiko seperti perokok itu sendiri.

Frisoshield™ with P2 Dual System™ is a combination of nutrients:
- GOS, lcFOS and Friendly bacteria - Bifidobacterium lactis to help increase intestinal bifidobacteria and help maintain good intestinal environment.
Friso Gold 3 also contains DHA, AA and SA, essential nutrients that aid a growing child’s overall development.
With Friso Gold Frisoshield™ P2 Dual System™, you can allow your child to explore his world and at the same time, giving you peace of mind at work.
Friso Gold 3. Curious kids need to be tough inside.
For ages : 1 to 3 years
Available in : 900g can

* so lepas ni tak gusar lagi nak pergi mana-mana sebab all are protected :) Saya kanak-kanak yang sihat... hehehe lepas ni boleh juga cuba susu ni pulak kan... Alisha pun nak masuk satu tahun.

Untuk maklumat lanjut sila klik

1 comment:

BYZURA RAZALI said...

dear,
got ur invitation?? why not try to cl them.just try ur luck???

Blog Widget by LinkWithin